nuffnang 1

Friday 25 February 2011

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (SILAT)




























SENI mempertahankan diri sudah
lama wujud di muka bumi semenjak
manusia diciptakan. Seni teknik
mempertahankan diri itu biasanya
datang seiring dengan budaya bangsa itu
dan manakala tekniknya datang daripada
cara kehidupan, keadaan sekeliling dah
bahkan daripada perkelahian binatang.
Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan
diri yang ada di dunia. Di Korea
contohnya, masyarakat di sana memang
dikenali dengan kehandalan seni mempertahankan
diri yang dipanggil Taekwondo
dan di Jepun dengan seni mempertahankan
diri Karate.
Di tanah nusantara kepulauan melayu
pula, beratus-ratus tahun kita memang
sudah dikenali dengan kehalusan seni
mempertahankan diri yang dipanggil
dengan seni Silat.
Silat adalah salah satu seni mempertahankan
diri yang lebih mengutamakan
kepada kehalusan yang dipanggil bunga,
ketangkasan yang dibuktikan daripada
pukulan dan tangkisan yang dicantumkan
dengan kepintaran akal.
Tidak diketahui dari mana asal usulnya
silat ini. Ada yang mengatakan silat itu
datangnya daripada Majapahit yang
dikenali dengan kehandalan tentera yang
dipimpin oleh Gajah Mada. Di Melaka
juga misalnya, disebut saja nama Hang
Tuah dan sahabat-sahabatnya, mereka ini
memang sudah dikenali dengan kehandalan
ilmu silat dan ilmu kebatinannya.
Di negara Brunei Darussalam di zaman
pemerintahan Sultan Bolkiah, kehandalan
baginda di dalam menakluki beberapa
wilayah dan pesisir juga tidak dapat dinafikan
datangnya daripada kehandalan ilmu
pelayaran dan ilmu persilatan baginda.
Seni silat ini sering juga dikaitkan
dengan ilmu kebatinan yang dicantumkan
dengan beberapa ayat-ayat suci yang
terdapat di dalam Al-Quran.
Corak bunga di dalam silat itu biasanya
datang daripada tarian atau kebudayaan
sesuatu bangsa. Ia melambangkan identiti
bangsa tersebut melalui gerak atau tariannya
dan disampaikan pula ke dalam ilmu
persilatan berbentuk pertempuran.
Manakala pukulan, tendangan dan
tangkisannya pula, biasanya terhasil
daripada teknik perkelahian binatang
seperti ular, harimau, helang dan
sebagainya. Teknik-teknik tersebut diolahkan
lagi oleh generasi dahulu kala dan
diajarkan kepada anak cucu-cicit mereka
sehinggalah ke generasi sekarang.
Setiap negara di pelusuk nusantara ini,
melalui bangsa dan puak lazimnya mempunyai
jenis silat mereka yang tersendiri.
Negara Brunei Darussalam juga mempunyai
beberapa jenis silat yang sudah lama
bertapak dan dipelajari oleh masyarakat
kampung mahupun di Bandar. Di antara
contoh- contoh silat yang terdapat di
Brunei Darussalam adalah seperti Silat
Gerak 41, Silat Harimau Ghaib, Silat
Cengkam Harimau, Silat Depok Betawi,
Silat Cepadi dan banyak lagi
Silat Gerak 41 misalnya, ia datang
daripada empat orang guru yang menjadikan
ilmu persilatan mereka menjadi satu
dan kemudiannya mengajarkannya kepada
murid-murid mereka.
Terdapat banyak sebab kenapa ilmu
pertahanan silat ini didahului dengan
bunga persilatan. Di antara sebab-sebabnya
ialah kerana sikap masyarakat melayu yang
memang dikenali dengan kesopanan dan
awar-galatnya.
Sikap orang melayu
ini dikatakan tidak
mudah menerima
sesuatu perkara dengan
gelojoh dan serta merta terutama sekali
di dalam perkelahian. Di dalam perkataan
lainnya juga dipanggil ‘mengayam bini’.
Apabila menerima sesuatu, masyarakat
melayu akan bersopan santun untuk
menerimanya dan apabila sudah tercabar,
mereka akan memberikan dengan balasan
atau pukulan yang hebat.
Seni silat ini bukanlah semestinya
digunakan untuk pertempuran sahaja,
akan tetapi ia digunakan untuk mempertahankan
diri di dalam keadaan bahaya.
Seni silat juga dianjurkan di dalam
perlawanan sukan dan coraknya sedikit
sebanyak diubah untuk menyesuaikan di
dalam sistem pemarkahan perlawanan
tersebut

No comments:

nuffnang3