nuffnang 1

Wednesday 16 March 2011

Telefon bimbit rosakkan sperma?

Golongan lelaki mungkin perlu berhati-hati apabila menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar selepas ini berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa tindakan itu boleh membawa kesan kepada sistem reproduktif mereka.

CAP mendakwa perbuatan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar yang sering dilakukan kaum lelaki menyebabkan mereka berdepan risiko kerosakan sperma serta mati pucuk.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, keputusan itu berdasarkan hasil kajian pihaknya tahun lalu yang menunjukkan kaitan di antara sperma yang berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.

Jelas beliau, hasil kajian itu menunjukkan pengguna yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia kemungkinan menghadapi kesukaran untuk menjadi bapa kerana penggunaan telefon bimbit yang meluas.

"Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok, stres, pencemaran dan bahan kimia yang mengganggu hormon," katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di sini hari ini.

S.M. Mohamed berkata, lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam poket dengan 'keypad' mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh.

Katanya, wanita yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya.

Beliau mendakwa pihak pengeluar alat komunikasi itu sendiri telah mengeluarkan peringatan mengenai risiko penggunaannya terhadap kesihatan pengguna.

"Misalnya, syarikat Apple dalam buku panduannya telah memberi amaran kepada pengguna agar menjauhkan Iphone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter daripada tubuh.

"Syarikat Blackberry pula menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan telefon bimbit bebas wayar atau menjarakkannya seinci dari tubuh wanita hamil dan bahagian bawah perut remaja. Bagaimanapun, pengguna masih tidak mempedulikan kesan yang akan mereka tanggung itu," katanya.

Justeru, S.M. Mohamed menggesa para pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit kecuali dalam kes-kes kecemasan dan sekiranya perlu gunakan pembesar suara pada jarak 20 sentimeter dari kepala ( Utusan Malaysia)

Saturday 5 March 2011

Digital Mall KL lancar pusat beli belah maya (pembelian online)


Sekarang kita semua tidak kira di mana, sudah boleh membeli belah keperluan IT atau Komputer melalui internet. Tidak hanya kepada pemegang visa atau mastercard, debitcard juga diterima. Jadi kepada sesiapa yang duduk jauh dari Kuala Lumpur dan mencari komputer, printer, hard disk dan sebagainya atau sebarang produk IT yang jauh lebih murah dari yang mereka tahu, bolehlah membeli secara online. Mudah kan?

Layarilah:

http://www.digitalmall.com.my/

Tongkat sakti

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu termasuk kontraktor dan ahli perniagaan supaya bersedia membuang 'tongkat' yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama kerana bantuan tersebut tidak akan berkekalan.

Menurutnya, mereka mesti berdikari dan membina kecekapan untuk maju dengan membuang anggapan akan terus mendapat pertolongan daripada kerajaan berdasarkan hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau berkata, anggapan sedemikian menyebabkan ramai orang Melayu terus mengharapkan 'tongkat' daripada kerajaan.

"Kita jangan percaya sangat bantuan yang diterima akan kekal. Kita harus ingat dan bersedia supaya suatu hari nanti apabila tiada lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan tiada lagi kerajaan yang bersimpati kepada kita, orang Melayu masih boleh berjaya kerana sudah menguasai kecekapan dalam bidang yang diceburi.

"Insya-Allah kalau kita sanggup bertungkus-lumus sehingga menjadi cekap, masa depan akan lebih terjamin dan kita tidak akan lagi bergantung kepada 'tongkat sakti' yang diberikan sejak sekian lama," katanya ketika berucap pada majlis jamuan amal anjuran Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah di Dewan Wawasan Jitra, di sini malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad dan Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar.

Dr. Mahathir bagaimanapun berpendapat bahawa belum tiba masanya bagi kerajaan memberhentikan bantuan kepada golongan itu kerana DEB belum lagi mencapai matlamatnya dalam memastikan orang Melayu boleh bersaing dengan kaum lain.

Katanya, meskipun terdapat usahawan Melayu berjaya tetapi majoriti daripada mereka tidak mampu bersaing dengan usahawan bukan Melayu dan sebab itu mereka masih memerlukan bantuan serta masa bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

Menurut beliau, kontraktor Melayu perlu memberikan perhatian serius dalam meningkatkan kecekapan untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan yang ditawarkan khususnya berhubung cara pengurusan kewangan.

Katanya, aspek itu amat penting jika mereka ingin mencapai kemajuan dan membina reputasi setanding dengan kontraktor lain tanpa perlu lagi mengharapkan bantuan kerajaan.

"Kelemahan orang Melayu ialah dalam bidang pengurusan wang. Apabila memperoleh wang, mereka kadang-kadang membelanjakannya dengan cara yang tidak mendatangkan pulangan sampai berdepan kerugian," ujarnya.

Bekas Perdana Menteri juga menasihatkan kontraktor Melayu supaya menjadikan tawaran projek sebagai satu amanah dan wajib dilaksanakan mengikut keperluan yang ditetapkan tanpa sebarang unsur penipuan.

"Kalau kita mempunyai nama baik dalam bidang ini, pihak swasta juga akan memberi peluang kepada kita," katanya ( Mingguan Malaysia)


p/s: sememangnya orang melayu adalah Bumiputra di bumi bertuah ini, dan banyak kelebihan serta kemudahan yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada Orang2 Melayu. Maka rasanya Orang2 melayu dah boleh berdikari sendiri dan tak perlu mengharapkan batuan sesiapa termasuk kerajaan. Ya, tak dinafikan adakalanya bila berhadapan dengan sesuatu masalah kita perlu meminta pertolongan, tapi kena ingat, Mengharapkan pertolongan semata, harus cari jalan penyelesaian yang lain agar kita dapat bangun sendiri, bak kata pad dek "jangan mengharapkan tongkat untuk bediri" cuba kita bayangkan sesornag menggunakan tongkat untuk bangun dan berdiri, dari pandangan kita sendiri dah boleh agak bahawa org itu sedang menderita sakit dan sebagainya. fikir fikirkan la

Monday 28 February 2011

Shira ku Sayang

KUCING KESAYANGAN


Shira seekor kucing jenis Birman, adalah antara kucing paling comel yang aku pelihara. Aku beli Shira dengan harga RM 400.00 dari sebuah Pet's Shop di Penang. Masa tu, Shira Baru menjangkau usia 2 bulan. Bila tengok terlatah Shira kadang2 kadang buatkan aku ketawa sendirian, penat dan letih balik dari kerja hilang dengan serta merta, Puas aku main dengan Shira hampir setiap hari, ada kalanya Shira manja sgt ngan aku , tapi selalu nye takut tak pun pemalu mmg Shira seekor kucing yang sangat pemalu macam aku belikan buat Shira dah aku anggap macam anak aku sendiri. "Shira.... meh kat Papa meh" panggil ku setiap kali balik ke rumah

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Shira semakin meninggkat dewasa, Masa ni aku dah mempunyai lebih kurang 14 ekor kucing dirumah , ada yang aku beli, ade yang orang bagi, kasih sayang aku kepada semua anak anak aku sama je, lebih lebih lagi Shira. Maklum lah ia antara anak aku yang terawal hehehe. Umur Shira dah masuk setahun (7 tahun umur kucing) sepatutnya Shira dah mula menunjukan Simtom2 nak mengawan, tapi pelik, Shira macam tak ade perasaan langsung untuk mengawan. Kucing2 jantan yang lain ia buat endah tak endah je .. Aku mula merasa risau, jangan2 masa aku beli Shira nih dulu , Tuan kedai dah KASI Shira ni agak nya. Padahal kucing2 lain ada yang dah 2 kali beranak. Tapi Shira masih kontrol ayu lagi.

Rupa2nya andaian aku meleset genap umur Shira Setahun sebulan, aku nampak perubahan pada bentuk badan nya. Perut nya agak membesar, Shira secara tiba2 hilang selera makan dan tak aktif seperti dulu. Rupa2nya Shira dah buting sebulan, cuma aku yang tak perasan, tempoh matang untuk melahirkan anak bagi seekor kucing, adalah 2 bulan 3 hari ketika bunting. Bermakna Shira hanya ada lebih kuran sebulab lagi untuk beranak.

Genap je tempoh bunting Shira pun melahirkan 2 ekor anak yang comelllllllll sgt berwarna kelabu, dan memakai stoking.. kecoh satu rumah bila dapat tahu yang Shira dah beranak . Semua kerumun berdiri di Cage(sangkar) . Sempat juga lah Angah jadi bidan untuk si Shira tu. Tetiba aku perasan yang perut Shira tak kempis2 pun, aku cuba urut perut Shira tu mana tau kalu kalu ada lai anak kat dalam tu, dan memang aku rasa macam satu ketulan i perut Shira dan kompom ade lagi sekor anak di dlm perut Shira..
. jadi kami just biarkan Shira untuk beranak sendiri, mungkin dai taku atau risau bla tgk kami ramai d keliling cage dia agaknya..

keesok kan harinya perut Shira masih macam tu, dan tak ade pun penambahan anak. Aku mula risau. Takut2 anak Shira tu mati dlm perut dan Shira pun kelihatan begitu lemah. aku risau dgn keadaan Shira, Aku bawa Shira ke klinik haiwan (JPH) di Alor Setar, Doktor, bagitau aku yang Shira mungking kena Barah susu, di mana susu tak boleh mengalir keluar kerana lubung di puting Sira tertutup. Bermakna anak Shira dah 2 hari tak hisap susu.
Doktor itu pun menyarankan agar Shira di bedah serta merta kerana keadaan dah agak kritikal, peratus Shira untuk hidup 50 50 dan anak Shira pulak perlu di beri susu botol, kerana susu dalam badan Shira dah jadi racun. demi untuk selamatkan Shira. Aku setuju untuk Shira di bedah, walaupun hakikatnya aku takut terjadi sesuatu kat Shira... Aku dukung Shira "Shira.... Papa sayang Shira tau, papa teman Shira kat sini k , Shira kene kuatkan semangat, ingat anak2 Shira kat rumah perlukan Shira" aku seakan akan terlupa yang aku bercakap dengan seekor kucing..

bersambung.......

Hikmat Ayat Seribu Dinar

5c8e262b.jpg

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Saturday 26 February 2011

Kantoi Meniru



Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan.
Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam:Ahh! saya tak percaya anak saya meniru.Apa buktinya cikgu menuduh begitu?

Pengetua:Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.


Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara?
Jawapan Azim:A.SAMAD SAID
Jawapan Azam:A.SAMAD SAID

Ayah Azam:Laa... jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.

Pengetua:Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni.

Soalan:Di mana A.Samad Said dilahirkan?
Jawapan Azim:SINGAPURA
Jawapan Azam:SINGAPURA

Ayah Azam:Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.

Pengetua:Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.

Soalan:Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?
Jawapan Azim:MAAF,SAYA TIDAK TAHU.
Jawapan Azam:KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!

Julian Assange sedia bertarung di mahkamah



LONDON 25 Feb. - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berikrar beliau bersedia menghadapi pertarungan undang-undang yang berpanjangan selepas seorang hakim Britain memutuskan supaya beliau diekstradisi ke Sweden untuk menghadapi tuduhan rogol.

Pasukan peguam mewakili warga Australia itu berkata, mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hakim Howard Riddle yang menolak hujah peguam bela bahawa Assange akan menghadapi perbicaraan yang tidak adil di Sweden dan hak asasinya akan dicabuli.

Assange yang bercakap selepas perbicaraan di Mahkamah Majistret Belmarsh di sini, mengkritik sistem kehakiman Eropah yang digunakan untuk menahannya pada Disember lalu berhubung dakwaan beliau melakukan penderaan seksual terhadap dua wanita di Sweden.

"Ini semua berpunca daripada sistem Waran Tangkap Eropah yang digunakan sewenang-wenangnya.

"Sepanjang proses ini tiada pertimbangan diberikan terhadap kewajaran dakwaan terhadap saya," katanya kepada kira-kira 100 wartawan dari seluruh dunia.

Penyokong Assange di kalangan selebriti termasuk Jemima Khan dan aktivis hak asasi manusia, Bianca Jagger turut menghadiri perbicaraan itu.

Sementara itu, berpuluh-puluh penyokong yang sesetengahnya memakai pakaian berwarna oren seperti tahanan di Teluk Guantanamo menunjuk perasaan di luar mahkamah.

Assange diberi tempoh tujuh hari untuk mengemukakan rayuan dan jika beliau gagal berbuat demikian, beliau mesti diekstradisi ke Sweden dalam masa 10 hari selepas tamat tempoh rayuan.

Beliau boleh mencabar keputusan hakim itu di Mahkamah Tinggi dan seterusnya di Mahkamah Agung Britain.

Assange menggegarkan institusi diplomatik dunia dan membangkitkan kemarahan Washington pada tahun lepas apabila laman web beliau mula menyiarkan beratus-ratus ribu dokumen sulit tentera dan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS). - ( Utusan Malaysia)

Friday 25 February 2011

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (SILAT)




























SENI mempertahankan diri sudah
lama wujud di muka bumi semenjak
manusia diciptakan. Seni teknik
mempertahankan diri itu biasanya
datang seiring dengan budaya bangsa itu
dan manakala tekniknya datang daripada
cara kehidupan, keadaan sekeliling dah
bahkan daripada perkelahian binatang.
Terdapat pelbagai jenis seni mempertahankan
diri yang ada di dunia. Di Korea
contohnya, masyarakat di sana memang
dikenali dengan kehandalan seni mempertahankan
diri yang dipanggil Taekwondo
dan di Jepun dengan seni mempertahankan
diri Karate.
Di tanah nusantara kepulauan melayu
pula, beratus-ratus tahun kita memang
sudah dikenali dengan kehalusan seni
mempertahankan diri yang dipanggil
dengan seni Silat.
Silat adalah salah satu seni mempertahankan
diri yang lebih mengutamakan
kepada kehalusan yang dipanggil bunga,
ketangkasan yang dibuktikan daripada
pukulan dan tangkisan yang dicantumkan
dengan kepintaran akal.
Tidak diketahui dari mana asal usulnya
silat ini. Ada yang mengatakan silat itu
datangnya daripada Majapahit yang
dikenali dengan kehandalan tentera yang
dipimpin oleh Gajah Mada. Di Melaka
juga misalnya, disebut saja nama Hang
Tuah dan sahabat-sahabatnya, mereka ini
memang sudah dikenali dengan kehandalan
ilmu silat dan ilmu kebatinannya.
Di negara Brunei Darussalam di zaman
pemerintahan Sultan Bolkiah, kehandalan
baginda di dalam menakluki beberapa
wilayah dan pesisir juga tidak dapat dinafikan
datangnya daripada kehandalan ilmu
pelayaran dan ilmu persilatan baginda.
Seni silat ini sering juga dikaitkan
dengan ilmu kebatinan yang dicantumkan
dengan beberapa ayat-ayat suci yang
terdapat di dalam Al-Quran.
Corak bunga di dalam silat itu biasanya
datang daripada tarian atau kebudayaan
sesuatu bangsa. Ia melambangkan identiti
bangsa tersebut melalui gerak atau tariannya
dan disampaikan pula ke dalam ilmu
persilatan berbentuk pertempuran.
Manakala pukulan, tendangan dan
tangkisannya pula, biasanya terhasil
daripada teknik perkelahian binatang
seperti ular, harimau, helang dan
sebagainya. Teknik-teknik tersebut diolahkan
lagi oleh generasi dahulu kala dan
diajarkan kepada anak cucu-cicit mereka
sehinggalah ke generasi sekarang.
Setiap negara di pelusuk nusantara ini,
melalui bangsa dan puak lazimnya mempunyai
jenis silat mereka yang tersendiri.
Negara Brunei Darussalam juga mempunyai
beberapa jenis silat yang sudah lama
bertapak dan dipelajari oleh masyarakat
kampung mahupun di Bandar. Di antara
contoh- contoh silat yang terdapat di
Brunei Darussalam adalah seperti Silat
Gerak 41, Silat Harimau Ghaib, Silat
Cengkam Harimau, Silat Depok Betawi,
Silat Cepadi dan banyak lagi
Silat Gerak 41 misalnya, ia datang
daripada empat orang guru yang menjadikan
ilmu persilatan mereka menjadi satu
dan kemudiannya mengajarkannya kepada
murid-murid mereka.
Terdapat banyak sebab kenapa ilmu
pertahanan silat ini didahului dengan
bunga persilatan. Di antara sebab-sebabnya
ialah kerana sikap masyarakat melayu yang
memang dikenali dengan kesopanan dan
awar-galatnya.
Sikap orang melayu
ini dikatakan tidak
mudah menerima
sesuatu perkara dengan
gelojoh dan serta merta terutama sekali
di dalam perkelahian. Di dalam perkataan
lainnya juga dipanggil ‘mengayam bini’.
Apabila menerima sesuatu, masyarakat
melayu akan bersopan santun untuk
menerimanya dan apabila sudah tercabar,
mereka akan memberikan dengan balasan
atau pukulan yang hebat.
Seni silat ini bukanlah semestinya
digunakan untuk pertempuran sahaja,
akan tetapi ia digunakan untuk mempertahankan
diri di dalam keadaan bahaya.
Seni silat juga dianjurkan di dalam
perlawanan sukan dan coraknya sedikit
sebanyak diubah untuk menyesuaikan di
dalam sistem pemarkahan perlawanan
tersebut

Thursday 24 February 2011

~~Kenapa 45 minit main bolasepak?~~

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab….”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah…

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit…itu adalah “bola referee”!

Wednesday 23 February 2011

Surah Al- Fatihah

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Unsur Asas

Surah ini mengandungi beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh intipati Al Quran, iaitu :



[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon 
      pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Keimanan

Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat kedua, iaitu dinyatakan dengan tegas bahawa segala pujian dan ucapan syukur ke atas sesuatu anugerah dari Allah yang merupakan Pencipta dan sumber segala anugerah yang terdapat dalam alam ini. Di antara anugerah itu ialah ; anugerah menciptakan, anugerah mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya bermaksud Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung erti tarbiyah iaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahawa segala anugerah yang dilihat oleh dalam diri seseorang sendiri dan dalam segala alam ini berpunca daripada Allah, kerana merupakan Tuhan Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuhan oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam

Terjemahan rumi Arab Sebutan
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn



ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh itu, keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, iaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran Nya sambil mengharap anugerah dan takut kepada seksaan Nya. Hal ini mengandung erti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.

Hukum-hukum

 Jalan kebahagiaan dan cara seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan mahupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran

Kisah-kisah

Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat Al Quran pada surat-surat yang lain


Penutup
Surat Al Fatihaah ini melengkapi unsur-unsur pokok syari'at Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al Quran yang 113 surat berikutnya.
Persesuaian surat ini dengan surat Al Baqarah dan surat-surat sesudahnya ialah surat Al Faatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surat Al Baqarah dan surat-surat yang sesudahnya.
Dibahagian akhir surat Al Faatihah disebutkan mengenai permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang surah Al Baqarah dimulai dengan petunjuk al Kitaab (Al Quran) yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.


Nama2 Lain


Selain dinamai Al-Fatihah (Pembuka), surat pertama Al-Quran ini dinamai juga Ummul Kitab (induk al-Kitab), Ummul Qur'an (induk Al-Qur'an), As-Sabu'ul Matsani (Tujuh yang Diulang), Ash-Shalahal-Hamd (Pujian), Al-Wafiyah (yang Sempurna), al-Kanzu (simpanan yang Tebal), asy-SyafiyahAsy-Syifa (Obat), al-Kafiyah (yang Mencukupi), dan al-Asas (Pokok). (Solat), (yang Menyembuhkan),


 

 








Petua Sakit Gigi





Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

Berlaku di luar kawalan

Bersin, batuk, cegukan, mendengkur, atau menguap pasti pernah anda lalui. Ketika di kawasan berdebu, Anda akan bersin. Lalu ketika menghirup sesuatu yang membuat nfpas sesak, Anda akan batuk. Kadang-kadang Anda juga mengalami cegukan yang berbunyi 'hik'. Mendengkur atau juga, boleh  terjadi kepada siapapun. Satu lagi iaitu ketika mengantuk, Anda pasti menguap.
Kegiatan itu sering terjadi di luar kawalan anda dan merupakan proses normal kepada masnusia. Mengapa hal itu boleh terjadi? Secara ilmiah, hal tersebut boleh dijelaskan seperti berikut.
  • Bersin

    Bersin merupakan aliran udara yang hebat melalui mulut dan hidung. Ini terjadi di luar kawalan manusia. Biasanya bersin terjadi karena ada partikel pengganggu dalam hidung Anda. Di Hujung saraf di dalam hidung merangsang Anda bersin untuk menyingkirkan partikel-partikel tersebut.

    Penyebab lain adalah udara dingin atau selesema. Pada saat sakit selesema, banyak partikel asing di dalam hidung Anda sehingga memaksa hidung merangsang dan bersin.

    Yang perlu Anda tahu tentang bersin iaitu kelajuan udara ketika Anda bersin mencapai 166 kilometer per jam. Dan ketika bersih Anda akan mengeluarkan sampai 100.000 butiran kecil lendir dan mikro organisme. Itu sebabnya, ketika bersin sebaiknya Anda menutupi hidung dan mulut Anda karena dapat membahayakan orang lain.
  • Batuk

    Sama seperti bersin, ketika Anda batuk bertujuan untuk mengeluarkan zat berbahaya dalam tubuh Anda. Jika bersin terjadi kerana ada partikel asing di hidung, maka batuk terjadi kerana ada partikel atau zat asing di dalam paru-paru atau kerongkong(tekak). Tujuannya untuk membersihkan paru-paru dari zat yang berbahaya saat saluran pernafasan mulai terganggu. Batuk  disengajakan untuk membersihkan kerongkong. Batuk juga boleh menyebarkan kuman yang menyebabkan penyakit. Oleh itu, sebaiknya ketika batuk, Anda tutup mulut Anda.
  • Cegukan (Tersedu)

    Cegukan terjadi di luar kawalan atau tidak dapat dikontrol. Cegukan merupakan pengambilan udara secara mendadak yang disebabkan karena kontraksi diafragma secara tidak teratur. Penyebabnya karena gangguan organ-organ tubuh dekat diafragma. Kekejangan ini menarik udara dari paru-paru melalui laring, membentur epiglotis, menyebabkan peti suara bergetar. Oleh karena itu, akan menimbulkan suara ’hik’ ketika Anda cegukan.
  • Mendengkur

    Ketika tidur, beberapa orang mendengkur. Suara kasar saat Anda tidur ini biasanya disebabkan kerana bernafas melalui mulut. Jaringan lembut pada langit-langit mulut dekat kerongkong bergetar karena udara melaluinya ketika Anda bernafas melalui mulut. Selain itu, bibir, pipi, dan lubang hidung anda juga akan turut ikut bergetar. Posisi yang umum menyebabkan dengkuran berlaku  adalah ketiaka anda  tidur terlentang.Ini karena mulut cenderung ternganga dan lidah menghalang saluran pernafasan. Salah satu penyelesaiannya adalah dengan mencuba tidur mengirng.
  • Menguap (sangap)

    Ketika mengantuk, Anda akan menguap. Mengapa Anda menguap? Karena paru-paru Anda kurang mendapat oksigen. Dengan mengambil nafas dalam-dalam di luar kemahuan terjadi sebagai respon lumrah akibat tertutupnya paru-paru oleh karbondioksida atau kekurangan oksigen.

    Yang juga menarik, iaitu menguap diduga sebagai kebiasaan menular. Jika Anda melihat atau mendengar orang lain menguap, yang sering terjadi adalah Anda akan terikut - ikut menguap. Fenomena ini masih menjadi misteri bagi banyak para ilmuwan.

Monday 21 February 2011

Iktibar rusuhan di Asia Barat




Umat Islam di negara ini wajib menjaga keamanan yang dikecapi hari ini dan mengambil iktibar daripada perbalahan mazhab serta kumpulan sesama ummah yang berlaku di beberapa negara di seluruh dunia sekarang.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, semua ini berlaku disebabkan budaya kafir-mengkafir sesama ummah dan ingin menunjukkan bahawa mereka sahaja yang benar.
Justeru, beliau berkata, semua pihak perlu memandang serius dan jangan memperlekehkan apa yang berlaku di beberapa negara seperti di Iraq, Lebanon dan terbaru di Bahrain yang membabitkan rusuhan antara mazhab Sunah dengan Syiah.
“Kita harus mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di beberapa buah negara di dunia, sekiranya ini tidak diberi perhatian akan timbul masalah dalam kalangan rakyat.
“Sememangnya agama dengan politik tidak dapat dipisahkan, tetapi agama tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik sehingga memecahbelahkan umat Islam dan tidak mustahil apa yang berlaku di Asia Barat itu akan merebak ke negara kita jika tidak dibendung dari awal,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Taklimat Keselamatan dan Isu-Isu Semasa di Pejabat Jabatan Kastam Kelantan, di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Yahya Mamat dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Urus Setia Bukit Aman, Datuk Dr. Abd. Rahman Ismail.
Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 250 ketua jabatan dan pegawai agensi Kerajaan Pusat dari seluruh negeri ini.
Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata, negara-negara di seluruh dunia telah mengiktiraf kerajaan yang ada negara ini sebagai sebuah kerajaan yang baik kerana kejayaan mengekalkan keamanan dalam masyarakat pelbagai kaum.
“Saya telah pergi ke beberapa negara di seluruh dunia. Sebagai contoh, negara Arab mengiktiraf kita sebagai sebuah kerajaan yang baik kerana kejayaan mengekalkan keamanan dalam suasana hidup masyarakat majmuk.
“Bagaimanapun, kita tidak boleh main-main dengan isu keselamatan, negara akan hancur sekiranya perkara ini tidak terus dipertahankan.
“Disebabkan itu, kita memerlukan undang-undang yang kuat kerana negara kita ini amat kompleks terdiri daripada berbilang kaum bagi memastikan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi hari ini terus berkekalan,” katanya/ // utusan malaysia 20/02/2011(dalam negeri)

Hanya sesaat terleka !!


so nasihat kepada semua pemandu , berhati hati lah , kita mungkin mangsa seterusnya jgn terpedaya senantiasa berwaspada,

nuffnang3