nuffnang 1

Wednesday 16 March 2011

Telefon bimbit rosakkan sperma?

Golongan lelaki mungkin perlu berhati-hati apabila menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar selepas ini berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa tindakan itu boleh membawa kesan kepada sistem reproduktif mereka.

CAP mendakwa perbuatan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar yang sering dilakukan kaum lelaki menyebabkan mereka berdepan risiko kerosakan sperma serta mati pucuk.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, keputusan itu berdasarkan hasil kajian pihaknya tahun lalu yang menunjukkan kaitan di antara sperma yang berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.

Jelas beliau, hasil kajian itu menunjukkan pengguna yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia kemungkinan menghadapi kesukaran untuk menjadi bapa kerana penggunaan telefon bimbit yang meluas.

"Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok, stres, pencemaran dan bahan kimia yang mengganggu hormon," katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di sini hari ini.

S.M. Mohamed berkata, lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam poket dengan 'keypad' mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh.

Katanya, wanita yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya.

Beliau mendakwa pihak pengeluar alat komunikasi itu sendiri telah mengeluarkan peringatan mengenai risiko penggunaannya terhadap kesihatan pengguna.

"Misalnya, syarikat Apple dalam buku panduannya telah memberi amaran kepada pengguna agar menjauhkan Iphone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter daripada tubuh.

"Syarikat Blackberry pula menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan telefon bimbit bebas wayar atau menjarakkannya seinci dari tubuh wanita hamil dan bahagian bawah perut remaja. Bagaimanapun, pengguna masih tidak mempedulikan kesan yang akan mereka tanggung itu," katanya.

Justeru, S.M. Mohamed menggesa para pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit kecuali dalam kes-kes kecemasan dan sekiranya perlu gunakan pembesar suara pada jarak 20 sentimeter dari kepala ( Utusan Malaysia)

Saturday 5 March 2011

Digital Mall KL lancar pusat beli belah maya (pembelian online)


Sekarang kita semua tidak kira di mana, sudah boleh membeli belah keperluan IT atau Komputer melalui internet. Tidak hanya kepada pemegang visa atau mastercard, debitcard juga diterima. Jadi kepada sesiapa yang duduk jauh dari Kuala Lumpur dan mencari komputer, printer, hard disk dan sebagainya atau sebarang produk IT yang jauh lebih murah dari yang mereka tahu, bolehlah membeli secara online. Mudah kan?

Layarilah:

http://www.digitalmall.com.my/

Tongkat sakti

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu termasuk kontraktor dan ahli perniagaan supaya bersedia membuang 'tongkat' yang diberikan oleh kerajaan sejak sekian lama kerana bantuan tersebut tidak akan berkekalan.

Menurutnya, mereka mesti berdikari dan membina kecekapan untuk maju dengan membuang anggapan akan terus mendapat pertolongan daripada kerajaan berdasarkan hak keistimewaan orang Melayu.

Beliau berkata, anggapan sedemikian menyebabkan ramai orang Melayu terus mengharapkan 'tongkat' daripada kerajaan.

"Kita jangan percaya sangat bantuan yang diterima akan kekal. Kita harus ingat dan bersedia supaya suatu hari nanti apabila tiada lagi Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan tiada lagi kerajaan yang bersimpati kepada kita, orang Melayu masih boleh berjaya kerana sudah menguasai kecekapan dalam bidang yang diceburi.

"Insya-Allah kalau kita sanggup bertungkus-lumus sehingga menjadi cekap, masa depan akan lebih terjamin dan kita tidak akan lagi bergantung kepada 'tongkat sakti' yang diberikan sejak sekian lama," katanya ketika berucap pada majlis jamuan amal anjuran Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah di Dewan Wawasan Jitra, di sini malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad dan Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar.

Dr. Mahathir bagaimanapun berpendapat bahawa belum tiba masanya bagi kerajaan memberhentikan bantuan kepada golongan itu kerana DEB belum lagi mencapai matlamatnya dalam memastikan orang Melayu boleh bersaing dengan kaum lain.

Katanya, meskipun terdapat usahawan Melayu berjaya tetapi majoriti daripada mereka tidak mampu bersaing dengan usahawan bukan Melayu dan sebab itu mereka masih memerlukan bantuan serta masa bagi mencapai matlamat yang disasarkan.

Menurut beliau, kontraktor Melayu perlu memberikan perhatian serius dalam meningkatkan kecekapan untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan yang ditawarkan khususnya berhubung cara pengurusan kewangan.

Katanya, aspek itu amat penting jika mereka ingin mencapai kemajuan dan membina reputasi setanding dengan kontraktor lain tanpa perlu lagi mengharapkan bantuan kerajaan.

"Kelemahan orang Melayu ialah dalam bidang pengurusan wang. Apabila memperoleh wang, mereka kadang-kadang membelanjakannya dengan cara yang tidak mendatangkan pulangan sampai berdepan kerugian," ujarnya.

Bekas Perdana Menteri juga menasihatkan kontraktor Melayu supaya menjadikan tawaran projek sebagai satu amanah dan wajib dilaksanakan mengikut keperluan yang ditetapkan tanpa sebarang unsur penipuan.

"Kalau kita mempunyai nama baik dalam bidang ini, pihak swasta juga akan memberi peluang kepada kita," katanya ( Mingguan Malaysia)


p/s: sememangnya orang melayu adalah Bumiputra di bumi bertuah ini, dan banyak kelebihan serta kemudahan yang diberi oleh kerajaan Malaysia kepada Orang2 Melayu. Maka rasanya Orang2 melayu dah boleh berdikari sendiri dan tak perlu mengharapkan batuan sesiapa termasuk kerajaan. Ya, tak dinafikan adakalanya bila berhadapan dengan sesuatu masalah kita perlu meminta pertolongan, tapi kena ingat, Mengharapkan pertolongan semata, harus cari jalan penyelesaian yang lain agar kita dapat bangun sendiri, bak kata pad dek "jangan mengharapkan tongkat untuk bediri" cuba kita bayangkan sesornag menggunakan tongkat untuk bangun dan berdiri, dari pandangan kita sendiri dah boleh agak bahawa org itu sedang menderita sakit dan sebagainya. fikir fikirkan la

Monday 28 February 2011

Shira ku Sayang

KUCING KESAYANGAN


Shira seekor kucing jenis Birman, adalah antara kucing paling comel yang aku pelihara. Aku beli Shira dengan harga RM 400.00 dari sebuah Pet's Shop di Penang. Masa tu, Shira Baru menjangkau usia 2 bulan. Bila tengok terlatah Shira kadang2 kadang buatkan aku ketawa sendirian, penat dan letih balik dari kerja hilang dengan serta merta, Puas aku main dengan Shira hampir setiap hari, ada kalanya Shira manja sgt ngan aku , tapi selalu nye takut tak pun pemalu mmg Shira seekor kucing yang sangat pemalu macam aku belikan buat Shira dah aku anggap macam anak aku sendiri. "Shira.... meh kat Papa meh" panggil ku setiap kali balik ke rumah

Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Shira semakin meninggkat dewasa, Masa ni aku dah mempunyai lebih kurang 14 ekor kucing dirumah , ada yang aku beli, ade yang orang bagi, kasih sayang aku kepada semua anak anak aku sama je, lebih lebih lagi Shira. Maklum lah ia antara anak aku yang terawal hehehe. Umur Shira dah masuk setahun (7 tahun umur kucing) sepatutnya Shira dah mula menunjukan Simtom2 nak mengawan, tapi pelik, Shira macam tak ade perasaan langsung untuk mengawan. Kucing2 jantan yang lain ia buat endah tak endah je .. Aku mula merasa risau, jangan2 masa aku beli Shira nih dulu , Tuan kedai dah KASI Shira ni agak nya. Padahal kucing2 lain ada yang dah 2 kali beranak. Tapi Shira masih kontrol ayu lagi.

Rupa2nya andaian aku meleset genap umur Shira Setahun sebulan, aku nampak perubahan pada bentuk badan nya. Perut nya agak membesar, Shira secara tiba2 hilang selera makan dan tak aktif seperti dulu. Rupa2nya Shira dah buting sebulan, cuma aku yang tak perasan, tempoh matang untuk melahirkan anak bagi seekor kucing, adalah 2 bulan 3 hari ketika bunting. Bermakna Shira hanya ada lebih kuran sebulab lagi untuk beranak.

Genap je tempoh bunting Shira pun melahirkan 2 ekor anak yang comelllllllll sgt berwarna kelabu, dan memakai stoking.. kecoh satu rumah bila dapat tahu yang Shira dah beranak . Semua kerumun berdiri di Cage(sangkar) . Sempat juga lah Angah jadi bidan untuk si Shira tu. Tetiba aku perasan yang perut Shira tak kempis2 pun, aku cuba urut perut Shira tu mana tau kalu kalu ada lai anak kat dalam tu, dan memang aku rasa macam satu ketulan i perut Shira dan kompom ade lagi sekor anak di dlm perut Shira..
. jadi kami just biarkan Shira untuk beranak sendiri, mungkin dai taku atau risau bla tgk kami ramai d keliling cage dia agaknya..

keesok kan harinya perut Shira masih macam tu, dan tak ade pun penambahan anak. Aku mula risau. Takut2 anak Shira tu mati dlm perut dan Shira pun kelihatan begitu lemah. aku risau dgn keadaan Shira, Aku bawa Shira ke klinik haiwan (JPH) di Alor Setar, Doktor, bagitau aku yang Shira mungking kena Barah susu, di mana susu tak boleh mengalir keluar kerana lubung di puting Sira tertutup. Bermakna anak Shira dah 2 hari tak hisap susu.
Doktor itu pun menyarankan agar Shira di bedah serta merta kerana keadaan dah agak kritikal, peratus Shira untuk hidup 50 50 dan anak Shira pulak perlu di beri susu botol, kerana susu dalam badan Shira dah jadi racun. demi untuk selamatkan Shira. Aku setuju untuk Shira di bedah, walaupun hakikatnya aku takut terjadi sesuatu kat Shira... Aku dukung Shira "Shira.... Papa sayang Shira tau, papa teman Shira kat sini k , Shira kene kuatkan semangat, ingat anak2 Shira kat rumah perlukan Shira" aku seakan akan terlupa yang aku bercakap dengan seekor kucing..

bersambung.......

Hikmat Ayat Seribu Dinar

5c8e262b.jpg

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Saturday 26 February 2011

Kantoi Meniru



Suatu hari, ayah Azam telah dipanggil oleh pengetua sekolah berkenaan kes Azam yang dituduh telah meniru sewaktu peperiksaan.
Azam dikatakan sering meniru jawapan rakannya, Azim.

Ayah Azam:Ahh! saya tak percaya anak saya meniru.Apa buktinya cikgu menuduh begitu?

Pengetua:Buktinya, cuba lihat salah satu soalan ini.


Soalan:Namakan salah seorang sasterawan negara?
Jawapan Azim:A.SAMAD SAID
Jawapan Azam:A.SAMAD SAID

Ayah Azam:Laa... jawapan yang sama begitu,sudah tentu boleh berlaku kerana bukan seorang dua murid yang terbabit dalam ujian ini.Sudah tentu ada yang memberi jawapan yang sama.

Pengetua:Baik,cuba encik lihat pula soalan kedua ni.

Soalan:Di mana A.Samad Said dilahirkan?
Jawapan Azim:SINGAPURA
Jawapan Azam:SINGAPURA

Ayah Azam:Seperti yang saya katakan tadi,jawapan yang sama antara murid sudah tentu satu kebetulan.Ntah-ntah si Azim yang meniru jawapan anak saya.

Pengetua:Kalau begitu,jawapan yang mereka beri pada soalan ni memang sudah membuktikan bahawa Azam telah meniru Azim.

Soalan:Namakan salah satu novel agung karya A.Samad Said?
Jawapan Azim:MAAF,SAYA TIDAK TAHU.
Jawapan Azam:KALAU KAU TAK TAHU,AKU LAGI TAK TAHU!!!

Julian Assange sedia bertarung di mahkamah



LONDON 25 Feb. - Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berikrar beliau bersedia menghadapi pertarungan undang-undang yang berpanjangan selepas seorang hakim Britain memutuskan supaya beliau diekstradisi ke Sweden untuk menghadapi tuduhan rogol.

Pasukan peguam mewakili warga Australia itu berkata, mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hakim Howard Riddle yang menolak hujah peguam bela bahawa Assange akan menghadapi perbicaraan yang tidak adil di Sweden dan hak asasinya akan dicabuli.

Assange yang bercakap selepas perbicaraan di Mahkamah Majistret Belmarsh di sini, mengkritik sistem kehakiman Eropah yang digunakan untuk menahannya pada Disember lalu berhubung dakwaan beliau melakukan penderaan seksual terhadap dua wanita di Sweden.

"Ini semua berpunca daripada sistem Waran Tangkap Eropah yang digunakan sewenang-wenangnya.

"Sepanjang proses ini tiada pertimbangan diberikan terhadap kewajaran dakwaan terhadap saya," katanya kepada kira-kira 100 wartawan dari seluruh dunia.

Penyokong Assange di kalangan selebriti termasuk Jemima Khan dan aktivis hak asasi manusia, Bianca Jagger turut menghadiri perbicaraan itu.

Sementara itu, berpuluh-puluh penyokong yang sesetengahnya memakai pakaian berwarna oren seperti tahanan di Teluk Guantanamo menunjuk perasaan di luar mahkamah.

Assange diberi tempoh tujuh hari untuk mengemukakan rayuan dan jika beliau gagal berbuat demikian, beliau mesti diekstradisi ke Sweden dalam masa 10 hari selepas tamat tempoh rayuan.

Beliau boleh mencabar keputusan hakim itu di Mahkamah Tinggi dan seterusnya di Mahkamah Agung Britain.

Assange menggegarkan institusi diplomatik dunia dan membangkitkan kemarahan Washington pada tahun lepas apabila laman web beliau mula menyiarkan beratus-ratus ribu dokumen sulit tentera dan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS). - ( Utusan Malaysia)

nuffnang3